Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan perkarangan istana selepas kurang dari setengah jam mengadap Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Sebuah kereta berwarna hitam yang membawa Anwar dilihat keluar dari Istana Negara pada 11.30 pagi melalui Pintu 2 Istana Negara. Sepanjang jalan keluar, laungan reformasi berkumandang.

Pada 23 Sept lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Berita lanjut bakal menyusul.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Bernama via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *