Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pemergian suami tercinta, Ashraf Sinclair secara mengejut, sehingga kini masih lagi memberi kesan yang cukup mendalam di hati Bunga Citra Lestari (BCL).

Menurut penyanyi Afgan, yang juga merupakan kenalan baik BCL dan Ashraf, memberitahu kepada media bahawa sahabatnya itu masih belum boleh tidur sejak kehilangan suaminya, Selasa lalu.

Afgan ditemui ketika menghadiri majlis Majlis tahlil yang berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga serta beberapa rakan selebriti.

Tambah Afgan, dia melihat keadaan BCL sangat penat sekali sehingga mengganggu tidurnya. Justeru, penyanyi itu mula risau dan bimbang ia akan menjejaskan kesihatan sahabatnya itu.

Bagaimana pun, setelah tiga hari pemergian Ashraf Sinclair, kelihatan emosi BCL dan juga anak lelakinya iaitu Noah sudah mula bertambah tenang dan baik.

“Tadi BCL tampak lebih baik, sudah boleh berbual. Noah juga bertambah baik, sudah mula berbual. Ramai tetamu membawa anak kecil mereka bersama untuk menemani Noah bermain…”

Kehilangan itu memang menyakitkan dan memeritkan, diharapkan BCL dan Noah kuat dan tabah untuk menempuh satu kehidupan baru tanpa Ashraf di sisi.

Banyakkan bersabar dan berdoa

Yang pergi biarkan pergi

Allah je tahu hibanya dia

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *