Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelakon dan juga usahawan terkenal yang bertapak di Indonesia, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Suami kepada penyanyi dan juga pelakon popular Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan jantung.

Ibu pelakon mengesahkan

Menerusi laporan, ibunya telah mengesahkan pemergian anaknya melalui aplikasi Whatsapp dengan memberitahu bahawa Ashraf disahkan sudah meninggal dunia.

Dia juga memberitahu dalam perjalanan ke Jakarta bagi bersama menantu serta cucunya disana.

Laporan mengenai pemergian pelakon tersebut akan menyusul selepas maklumat tepat diterima.

Innalillah wainna illaihi rojiun. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

Salam takziah untuk keluarga arwah.

Apa kata anda? Dah baca sila share dan komen. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *