Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak beberapa hari lepas, isu seorang ustaz yang didakwa menghentam pendakwah terkenal, Ustaz ebit Lew tular di media sosial. Perkara itu membuatkan ramai yang berasa tidak puas hati kerana beranggapan ‘ustaz’ tersebut dengki dengan kebaikkan yang dibuat Ebit Lew.

Namun begitu, kerja amal yang sering dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew ini telah mendapat perhatian semua golongan termasuklah mereka yang bukan beragama Islam.

Sokong penuh Ebit Lew

Oleh hal yang demikian, seorang lelaki India beragama Hindu telah memuat naik satu video membidas kenyataan ‘ustaz’ tersebut dan individu yang mempertikaikan kerja dakwah Ebit Lew.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai KalaiChervan Berta memuat naik video menyokong penuh usaha Ebit Lew dan mengakui apa yang dilakukan sangat baik kerana langsung tidak mengira kaum atau agama ketika menghulurkan sumbangan.

Pesanan ‘pedas’ buat mereka yang tak sudah2 fitnah

Dalam video tersebut, KalaiChervan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ebit Lew kerana gigih membantu orang susah dan berharap agar beliau mengabaikan sahaja mulut-mulut yang menfitnahnya.

KalaiChervan turut sempat memberikan pesanan ‘pedas’ buat para haters Ebit Lew agar jangan terus mengecam ustaz kesayangan ramai ini. Tambahnya, jika tidak dapat melakukan perkara sama, lebih elok jika berdiam diri sahaja.

Terdahulu, Ebit Lew telah menyuarakan hasrat untuk berhenti buat seketika bagi memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan apabila telah dipanggil untuk membuat penjelasan oleh pihak polis di Bukit Aman.

Hal ini membuatkan banyak pihak kecewa dengan individu yang sengaja melemparkan pelbagai fitnah keatas pendakwah tersebut sehingga beliau mengambil keputusan tidak lagi keluar mencari orang susah untuk dibantu.

Tak kisah agama apa, kami rakyat Malaysia sokong ustaz Ebit Lew

Oleh hal yang demikian, menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook berbangsa India itu, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa setuju dengan apa yang diperkata.

Walaupun kedengaran agak kasar, namun tujuan asalnya adalah membela nasib Ebit Lew dari dihentam terus-terusan oleh individu yang iri dengan jalan dakwahnya.

 

Terbaik boss buat live macam gini

Orang bukan islam pun boleh terima

Saya sokong kenyataan ini

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: KalaiChervan via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *