Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Tidak mahu menjalinkan hubungan pertunangan, terdahulu Nabil Mahir pernah membuat kejutan besar dan melamar Ayda Jebat di dalam kereta untuk menjadi isterinya.

Masih belum mendedahkan tarikh pernikahan sebenar, namun sebelum ini mereka berkongsikan bahawa akan mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 ini.

Berita itu disambut baik oleh ramai peminat yang gemar mengikuti perkembangan hubungan mereka di media sosial selama ini.

Lepas ni kursus memasak

Terbaharu juga, aktres berkenaan sempat memuat naik gambar dan video ketika pergi ke kursus perkahwinan bersama-sama bakal suaminya itu.

Bahkan dalam gambar ketika mereka sedang memegang buku panduan ‘Gerbang Perkahwinan’, Ayda meluahkan syukur kerana sudah selesai menghadiri kelas tersebut.

Orang paling rajin dalam kursus kahwin semalam…Yang belakang usya kemain

Sejak dimuat naik semalam, 1 rakaman video juga berjaya meraih setengah juta tontonan daripada para peminat.

Lucunya adalah gelagat yang ditunjukkan oleh Nabil tatkala semua orang sedang ‘khusyuk’ mendengarkan semua pengisian.

Mungkin terlalu mengantuk dan tidak dapat menahan mata, Nabil Mahir dilihat tidur dengan lena sambil menundukkan pandangannnya sedikit.

Akan tetapi, kelibat lelaki berbaju putih di tempat duduk belakang juga mencuri tumpuan kerana dia seakan-akan memandang tepat ke arah kamera.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.

Sumber : Instagram Ayda Jebat via Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *