“Mata Masuk Habuk..” AzizulHasni Terus Sujud Syukur Lepas Wartawan Ada Bagi ‘Surprise’ Dari Isteri Tercinta..

Jaguh trek Datuk Azizulhasni Awang, hari ini telah membawa khabar gembira kepada rakyat Malaysia apabila berjaya menghadiahkan perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di Kejohanan Olimpik Tokyo 2020.

Azizulhasni dalam satu sesi temubual bersama Astro Arena tak dapat membendung air mata ketika menceritakan dugaan dan tekanan yang dihadapinya sepanjang saingan Olimpik Tokyo 2020 ini.

Kata Azizulhasni kepada Astro Arena, sukar untuk beliau meninggalkan isteri bersama anak-anaknya di Melbourne, Australia. Tambah sebak lagi, Azizulhasni menerima khabar bahawa bapa tercinta di tanah air sedang bergelut dengan penyakit mild stroke.

Dalam momen penuh emosi tadi, satu khabar tak terduga ‘dihadiahkan’ kepada Azizulhasni apabila isterinya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat kini sedang mengandung anak ketiga mereka.

Azizulhasni terus sujud syukur apabila mendengar berita gembira yang disampaikan oleh wartawan, Bazly Azmi selepas acara penyampaian pingat sebentar tadi.

Tahniah Pocket Rocketman, lihat video dibawah:

Jom Lihat juga apa kata netizen:

“Berkali-kali Dato minta maaf sebelum ke podium. Kami lah yg sepatutnya minta maaf sebab ‘Push’ and letak harapan terlalu tinggi untuk dapatkan emas. Aku tengok Jalur Gemilang naik tu pun, dah meremang. Tengok Dato fight untuk Perak tadi pun, dah bergegar satu rumah…”

“Tahniah azizul anda ada lah intan buat kbs. Sememang anda layak memenangi emas tadi. Cumanya anda tersilap teknik tu je. Tapi klau anda berada dibarisan hadapan tadi dah pasti emas milik anda. Walau mcm mana pun saya cukup kagum dgn persembahan anda memang luar biasa..”

“Paling aku suka dia dpt tahu wife dia pregnant anak ketiga..tahniah datuk jijoe..”

Tangisan seorang WIRA. Terima kasih Dato’ @azizulhasniawang atas perjuangan anda! Tiada kata dapat kami berikan atas semangat dan perjuangan yang Dato’ berikan. Terima kasih kerana membawa nama Malaysia di pentas dunia.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *