Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sejak minggu pertama episod Lagu Cinta Kita 2 bersiaran secara langsung di TV3, ramai yang ternanti-nanti kelibat pengacara ‘otai’ yang kembali memeriahkan semula pentas pengacaraan iaitu Azwan Ali.

Walau bagaimanapun, pada minggu kedua, pengacara yang mesra disapa Diva AA mengumumkan bahawa beliau hanya akan mengendalikan program nyanyian tersebut setakat dua minggu sahaja.

Azwan Ali kembali lagi!

Disebabkan ramai yang mahukan Diva AA terus mengacarakan program tersebut, pada minggu ketiga, beliau kembali bergandingan dengan Elly Mazlein.

Aduhh lawak laaa Ziana Zain & Diva AA

Namun begitu, apa yang lebih menarik adalah penampilan Ziana Zain yang sempat bersembang dengan duo pengacara Lagu Cinta Kita 2 ini.

Dalam perbualan tersebut, secara spontan Diva AA telah membuka ‘kisah silam’ dengan menanyakan mengapa Ziana Zain tidak menyukainya pada waktu dulu sedangkan mereka bersahabat.

Kena friendzone sampai tua hahaha

Situasi tersebut sememangnya lucu kerana umum sedia tahu gosip berkenaan mereka berdua, namun keduanya tetap profesional di dalam industri.

Potongan rakaman Azwan Ali ‘di friendzone’ telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai respon daripada warganet selepas seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Azraazni memuat naik video tersebut.

Berpuluh tahun tetap kena reject haaha


Air mata buat sahabat

Disebalik gelak ketawa tersebut, terdapat juga momen yang agak sedih apabila Diva AA bercerita mengenai persahabatannya dengan Ziana Zain sehingga masing-masing menitiskan air mata.

Azwan Ali dilihat tidak dapat menahan sebak apabila bercakap mengenai persahabatannya dengan Ziana Zain.

https://www.youtube.com/watch?v=wVxA32zLV2I&feature=emb_title

Menurut mereka, hubungan yang terjalin tetap utuh walaupun jarang bertemu dan air mata yang keluar juga bukan sekadar propa untuk mempromosi diri.

 

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji hubungan persahabatan mereka yang sangat setia.

Mereka juga berasa terharu melihat Azwan Ali menitiskan air mata demi sahabat yang sudah berpuluh tahun dikenalinya.

“Bila Diva AA menangis aku rasa real sangat”

Sahabat dan kawan tu dua pengertian berbeza


Ni baru betul sahabat sejati

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: TV3, Azraazni via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *