Skodeng Artis

Video Suami Isteri Sibuk Bertekak, Babak Cik B Buat Orang Tak Jadi Nangis

Sejak kebelakangan ini nama Cik B atau Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, sering disebut-sebut setelah beberapa kali tampil dengan imej dan fesyen baru sehingga mendapat perhatian ramai.

Selain itu, kemunculannya dalam sebuah drama bertajuk ‘Lelaki Lingkungan Cinta’ juga mendapat sokongan para peminat.

Adib datang marahkan Esya sampai menangis kerana keluar dengan lelaki lain

Cuma berbaki 1 episod sahaja lagi, konflik rumah tangga couple muda menerusi drama berkenaan semakin hangat. Semalam, Adib (Naim Daniel) menangis semahu-mahunya kerana marahkan isterinya Esya(Shasha Abedul) kerana keluar dengan lelaki lain.

Maria berdepan dengan Adib, dan marah balik silap pergi sebut soal family

Bagi meredakan pertengkaran tersebut, muncul Cik B yang menggalas watak sebagai rakan mereka iaitu Maria membawa masuk Esya ke dalam rumah.

Maria bertindak berhadapan dengan Adib dan memarahinya kerana telah mengguris hati si isteri apabila turut menyebut kisah silam soal keluarganya.

Babak ni sedih tapi bila Cik B datang terus jadi lawak sikit

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat lakonan Cik B sehinggakan overshadow watak yang bersedih dan menangis.

Ramai memuji anak gadis kepada Dato’ Seri Vida berkenaan sudah menunjukkan banyak perubahan berbanding sewaktu awal kemunculannya.

Jom lihat komen netizen

Cik B kalau tolak Naim tu mau kedinding perginya

 

Comelnya Cik B marah

Pandai jugak Cik B berlakon

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram Tv3 Malaysia via KD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *