Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas selamat 12 hari bersalin, pelakon Syida Melvin yang juga adik kepada Syatilla, berkongsi kepada umum wajah anak sulungnya, Safa Safeera.

Perkara itu dikongsikan Syida menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya malam tadi.

Sambil memanjatkan rasa syukur atas kehadiran ahli baru dalam keluarganya, Syida turut mendoakan agar anaknya yang dipanggil Pia membesar sebagai anak solehah.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, atas anugerah Allah yang sangat-sangat berharga ini. Syukur. Hari ini Baby Pia dah 12 hari. 

“Doakan @safa_safeera sihat sejahtera, menjadi anak yang solehah dan berguna. Aunty rasa muka Pia ikut muka ibu ke daddy Pia? Hehehe jom share!,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Muka iras Syeriv

Sejak diumumkan kepada umum malam tadi, akaun Instagram khas buat anaknya, @safa_safeera juga sudah lebih 6,000 pengikut.

Sementara itu menerusi satu lagi posting yang dikemas kini, Syida turut berkongsi video pendek gelagat anaknya itu yang dirakam tersenyum sejurus bangkit dari tidur.

Syida atau nama sebenarnya, Siti Nur Syida Amirol Melvin berkahwin dengan Mohd Syafiq Azim Shaheen pada Januari 2019 dan meyambut kelahiran puteri pertama 20 Februari lalu.

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata- rata peminat memuji kecomelan yang dimiliki oleh anak perempuan Syida. Semoga menjadi anak yang solehah ya!

Alaa comelnyaa

Macam kacukan arab

Moga menjadi anak solehah

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik2 ya. Terima kasih

Sumber: Gempak & MH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *