Isteri Bantu Siapkan Suami Untuk Majlis Perkahwinan, Muatnaik Setiap Momen Suami Dengan Pasangan Baru
Tular satu kisah di media sosial mengenai seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin dengan seorang lagi wanita, semalam.
Menerusi laman Facebook, Syiela Rashid memuat naik beberapa posting di sekitar majlis pernikahan suaminya Khubaib Ramli dengan wanita pilihan hati.
Menurut jurusolek berasal dari Alor Setar itu, dia berdoa agar urusan perkahwinan suaminya berjalan lancar dan diberi kekuatan bagi menempuhi perkara tersebut.
Moga Allah gandakan kekuatan hatiku
Lebih menarik perhatian apabila dia turut membantu persiapan majlis pernikahan serta persandingan selain tampil sedondon bersama pasangan pengantin.
Ke Majlis Sanding
Makan Beradab
Dapat adik perempuan.
Jadi mak andam untuk suami sendiri.
Semua posting yang dikongsi telah dihujani komen warganet yang rata-rata menyifatkan Syiela seorang wanita yang kuat dan tabah serta mendoakan agar dia turut mengecapi kebahagiaan.
Majlis tunang 6 bulan lalu
“Kini tiba masanya Allah telah menghantar seorang lagi insan untuk kanda bimbing. Insan ini juga sepertiku dulu…“…mengharapkan bertemu seseorang yang sudi membimbingnya ke jalan yang diredhaiNya,”
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih.
Sumber : Syiela Rashid via OMM