Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Seorang bapa memohon doa orang ramai untuk anak lelakinya Mohammad Nazfahrel Faizal agar diberi kesembuhan selepas menjalani dua kali pembedahan akibat kanser otak.

Menerusi Facebook group Ebit Lew Channel, Awang Faizal meluahkan rasa sebak setelah tidak dapat bertemu anaknya yang berusia tiga tahun itu berikutan kekangan akibat wabak Covid-19. Ikuti perkongsiannya…

Allah uji sebab Allah sayang

“Dikala kita dalam keadaan dunia yang dilanda wabak dan Ramadan pun musim PKP, kini Allah turunkan ujian lagi buat keluargaku. Allah uji sebab Allah sayang.

“Dimana dia menguji seorang budak berumur tiga tahun menghidap penyakit kanser ketumbuhan di pangkal otak dan telah menjalani dua kali pembedahan dalam masa 24 jam.

“Sebak dan sedih hati bercampur pilu kanak2 Mohammad Nazfahrel Faizal adalah anak saya sendiri. Kini dia masih berada di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah & akan meneruskan rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Doakan keselamatan dan kesembuhan anak

“Mungkin mengambil masa lebih kurang dua tahun.. Selepas pembedahan saya sendiri tak boleh bertemu anak saya sampailah sekarang disebabkan isu wabak Covid-19.

“Disini saya ingin meminta dan memohon jasa baik anda cuma doakan keselamatan, kesembuhan dan dipermudahkan urusan anak saya.

“Saya tidak meminta lebih hanya doa daripada anda. Terima kasih semua dan semoga Allah permudahkan dan beri perlindungan kepada kita semua. Aamiin.”

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM via Ebit Lew Channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *