Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kelahiran jenis pra-matang mungkin boleh mengundang risiko, akan tetapi seorang wanita ini masih diberikan rahmat menimang anak keduanya dengan selamat.

Melalui penceritaan Puan Amyra Di Facebook, dia mendedahkan bahawa kelahiran anak keduanya ini telah berlaku di dalam rumah dan bukanlah dibantu oleh mana-mana petugas kesihatan.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan

Ketika itu, dia sudah bersiap untuk bertolak ke tempat kerja sebelum merasai contraction yang awalnya dianggap sebagai ‘panggilan’ untuk membuang air besar.

Menguatkan diri untuk bergerak ke ruang tamu, situasi semakin getir apabila air ketubannya pecah.

Kepala baby keluar tanpa saya teran…Tarik kepala tapi uri sangkut

Umpama kuasa Tuhan, bayi di dalam perutnya keluar dengan sangat mudah tanpa perlu diteran sekuat hati.

Walaupun sudah cuba menarik sendiri kepala anaknya, uri bayi terbabit telah tersangkut. Mujur sahaja petugas kesihatan sampai tepat pada masanya dan menenangkan keadaan.

Gambar sekadar hiasan

Sehingga kini, bayi bertuah itu masih berada di NICU kerana menerima rawatan akibat masalah pernafasan yang dihadapinya.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber : Facebook Kak Amyra via Erin Sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *