Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pemergian pelakon terkenal Malaysia-Indonesia, Ashraf Sinclair sememangnya menjadi satu episod duka yang mendalam buat isterinya, Bunga Citra Lestari (BCL).

Namun begitu, BCL yang juga seorang penyanyi terkenal Indonesia tetap kuat meneruskan kehidupannya apabila tampil buat pertama kali di Friday Fusion di SQ Dome, Indonesia.

Penampilan penuh emosi

Walaupun persembahan tersebut dipenuhi dengan deraian air mata, BCL telah disokong kuat oleh teman-teman artis dan juga penonton yang melihat kecekalan hati seorang wanita itu.

Tidak dapat dinafikan juga rata-rata netizen juga turut merasai kesedihan yang ditanggung BCL.

Konsert kedua selepas pemergian Ashraf

Pada hari berikutnya pula, BCL turut tampil di konsert Ronan Keating iaitu penyanyi popular Hollywood di Pullman Jakarta Centre Park.

Hadir ziarah pusara suami

Namun begitu, selepas selesai menjayakan dua konsert besar, Bunga Citra Lestari telah kembali menzirahi pusara suaminya di San Diego Hills.

Menerusi Instagram kenalannya, BCL dilihat sugul dan masih menenung pusara Ashraf disamping anaknya Noah setia menemani ibunya disisi.

BCL umpama bercerita dengan alam suaminya

Semoga terus kuat Bunga & Noah

Dalam perkongsian tersebut, rata-rata peminatnya telah menitipkan pesanan agar BCL dan anaknya, NOah Sinclair terus kuat dan bersabar dengan ujian kehilangan orang paling disayangi mereka.

Semoga jenazah Ashraf Sinclair ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sedih tengok gambar last sekali

Semoga diberikan kekuatan

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *