Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Penangan pandemik COVID-19 membuatkan ramai orang seluruh dunia telah kehilangan sumber pendapatannya. Dek kerana banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar, peluang kerja turut berkurang dan kini setiap orang sedang struggle meneruskan hidup.

Terdapat juga individu yang menganggur lama akibat persaingan dalam pekerjaan semakin tinggi. Namun bagi lelaki ini, dia bersyukur kerana akhirnya mendapat peluang untuk bekerja.

Dulu dapat gaji jarang bagi duit dekat mak ayah…kali ni ada rezeki lebih share dengan keluarga

Menerusi posting di Instagram, Syarifudden menceritakan pengalamannya ketika berada di ‘ambang’ kesusahan. Walaupun sudah mencuba beberapa pekerjaan lain tetapi dia tetap berasa kurang sehingga terpaksa bergantung harap kepada ibu bapanya.

Oleh itu, lelaki tersebut meluahkan rasa kesal kerana jarang bersedekah dan menghulurkan duit belanja kepada ibu bapanya. Kini setelah hampir tujuh bulan menganggur, pemuda berkenaan akhirnya mendapat kerja dan mampu berkongsi gaji pertama bersama keluarga tercinta.

Kita bagi mak ayah duit, lagi bertambah rezeki…jagalah mereka selagi ada & semoga sentiasa dimurahkan rezeki

Menjengah ke ruang komen di posting TikTok miliknya, rata-rata netizen terharu melihat reaksi ibu bapanya.

Mereka turut bangga melihat pengorbanannya sebagai anak yang sanggup menjaga keluarganya itu serta mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki. Setakat ini, video berdurasi 37 saat ini telah meraih tontonan sebanyak hampir 50 ribu lebih.

Jom baca komen netizen

Dulukan mak ayah inshaa Allah pintu rezeki terbuka luas

Semoga murah rezeki

 

Sejuk perut ibu mengandung

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Tiktok itsmesyarif & Instagram Syariefudden via ES

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *