Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

9 bulan terpisah dek kerana pandemik COVID-19, Aliff Aziz akhirnya dapat berjumpa kembali bersama ahli keluarganya. Sebelum ini pernah tular video anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean yang menangis kerana terlalu rindukan si ayah apabila sudah lama tidak bertemu.

Pertemuan kali ini menjadi lebih bermakna apabila penyanyi berkenaan dapat melihat bayi perempuannya.

Ayden finally dapat dakap ayah, tak tergambar rasa rindu di dada

Rakaman penyatuan kembali keluarga tersebut bagaimanapun telah mengundang rasa sebak. Apatah lagi melihat Ayden berlari sebelum memeluk ayah kesayangannya dengan penuh erat.

Malah kanak-kanak berusia 3 tahun itu tidak berhenti mengucup wajah ayahnya menggambarkan kerinduan yang terbuku di hati.

First time jumpa anak perempuan.. Ara lahir pun Aliff tiada di sisi

Namun apa yang lebih mengharukan adalah saat Aliff memangku anak perempuannya, Ara Adreanna. Pertemuan berkenaan adalah kali pertama buat mereka berdua sejak ‘si comel’ itu dilahirkan pada Julai lalu.

Sebelum ini, pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ tersebut tidak dapat bersama Bella sepanjang tempoh hamil, bersalin serta berpantang kerana berada di Singapura.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan juga rakan artis terharu melihat rakaman yang telah dimuat naik. Mereka juga tidak putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Aliff dan juga Bella sekeluarga.

Jom baca komen netizen

Alhamdulillah

Ayden finally dalam pelukan ayah dia

Happy family

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram Bella Astillah  via KD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *