Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Selepas hampir 40 minggu hamil, Bella Astillah akhirnya selamat melahirkan anak keduanya bersama Aliff Aziz pada jam 6.10 pagi tadi.

Pasangan tersebut telah dikurniakan bayi perempuan setelah memperoleh seorang anak lelaki kira-kira tiga tahun lalu.

Zahir rasa syukur

Dalam muat naik yang dibuat oleh Bella, dia telah mengucapkan rasa syukur kepada Allah S.W.T dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan urusan bersalinnya dipermudahkan.

Menurut Bella lagi, dia telah bergegas ke hospital kira-kira jam 3.30 pagi dan bayi selamat keluar lebih kurang 2 jam selepas itu.

Tahniah Bella!

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah mengucapkan tahniah buat isteri kepada Aliff Aziz ini. Mereka turut mendoakan agar bayi serta Bella diberikan kesihatan yang baik. Inn Shaa Allah.

Terdahulu, Bella Astillah telah berkahwin dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Namun, pada awal tahun lalu, mereka mengambil keputusan berpisah setelah Aliff kantoi curang dibelakang Bella.

Namun, tidak lama setelah itu, mereka mengambil keputusan untuk rujuk kembali.

Apa kata anda? Dh baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *