Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Siapa yang tidak kenal seorang insan yang berhati mulia, seorang mualaf yang cekal memberi pertolongan kepada semua orang tidak kenal usia malah bangsa dan agama, Ustaz Ebit Lew.

Melalui perkongsiannya di laman Facebook rasminya, beliau berkongsi kisah yang paling menyayat hati semua orang dimana seorang atuk yang uzur terpaksa menjaga beberapa orang cucu yang masih kecil tinggal bersamanya. Hanya Allah saja dapat balas baik budi hati Ustaz Ebit dan insan-insan disampingnya.

Hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer

Menangis akhirnya sampai Alor Setar. Dah tak boleh tahan hati ini. Berbelas anak-anak duduk dengan atok strok. Bau dan kotor sangat. Anak-anak tak sekolah. Orang Malaysia. Tengok ic semua tadi. Orang sini juga. Sedih hati ini. Tolonglah ya Allah. Bertahun dah begini..hari ini saya dah tak boleh tahan menangis jer.

Adik ni kata dia nak sekolah. Dia nak solat. Kadang-kadang solat dekat rumah kawan. Menangis tadi adik ni. Saya tanya pakcik takde orang nak bawa pindah ke. Ramai ada datang cakap nak tolong. Belum rezeki kami. Takperlah ustaz. Sedih mereka berlari kenal saya..

Anak anak minta Ustaz Ebit Lew Jadi Ayah angkat

Saya bawa pakcik pindah yer. Nak. Anak-anak bersorak nak pindah. Ustaz, boleh tak ustaz ajar kami jadi baik. Sedih sangat rasa. Boleh ustaz jadi ayah angkat kita orang. Lagi sedih dengar.

Saya dah call 4 rumah dan pergi tengok. Tapi ramai risau dengar keluarga tu besar. Yerlah saya faham. Hati saya sedih sangat.Saya tengah pusing cari rumah untuk mereka di Alor Setar ini.

Siapa ada rumah nak bagi sewa saya akan bayarkan sewa tu selagi saya hidup insyaAllah dan selagi mereka sesuai disitu. Bantu saya tengah menangis ni. Saya takkan balik selagi tak bawa mereka pindah ke rumah baru. Pohon doakan dari jauh.

Ya Allah maafkanlah diriku ini. Jangan salahkan sesiapa. Saya yang salah. Ceramah sana sini baru hari ini saya tahu. Maafkan saya pakcik. Maafkan saya adik-adik semua.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

Penjelasan dari pihak berwajib

 

Harap hal ini sudah jelas buat warganet. Apapun, kita doakan agar ustaz dan atuk ini dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: Ustaz Ebit Lew via Siakap keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *