Antara detik yang mendebarkan buat para wanita adalah menunggu saat melahirkan bayi, ketika itu pelbagai rasa sakit dirasai terutama sekali apabila contraction.
Namun pengalaman bersalin setiap ibu berbeza-beza, bagi seorang wanita dari Sabah ini dikenali sebagai Vian, lain pula kisahnya. Ketika ibu-ibu lain sudah terbaring menanggung sakit, dia masih boleh tampil tenang berTik Tok.
Bagi semangat rakan sebelah katil
Akan tetapi, apa yang mengharukan, menerusi video Tik Tok yang dikongsikan memaparkan wanita tersebut gigih untuk menenangkan seorang lagi wanita di sebelah katil di wad bersalin.
Difahamkan, wanita tersebut sudah hampir mahu bersalin tetapi wad sudah penuh, maka Vian menghulurkan tangannya memberi semangat agar wanita tersebut terus kuat menghadapi azab contraction.
Meskipun tidak mengenali antara satu sama lain, sikap prihatin Vian harus dipuji, kerana memberi semangat untuk seorang ibu melahirkan bayinya.
Rata-rata netizen juga berkongsi pengalaman mereka yang seakan-akan sama.
Tolong ajar cara nak bangun
Menangis-nangis tahan sakit
Kawan sekampung teman
Akak bisu tahan sakit
Macam batu besar hempap perut
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih.
Sumber : Vian_do via OMM