Datuk Bandar Sao Paulo pada Khamis melancarkan pelan darurat untuk mewujudkan ribuan lagi tapak perkuburan berikutan dijangka lebih banyak kematian akan dicatatkan di bandar itu disebabkan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
“Kami tidak boleh alami situasi sama seperti yang terjadi di Guayaquil, di Ecuador atau New York di Amerika Syarikat,” kata Bruno Covas merujuk kepada kekurangan tempat menyimpan mayat.
Sasaran untuk menggali 13,000 kubur dan memperluas keupayaan operasi perkhidmatan pengebumian, katanya.
Sao Paulo, menjadi pusat penularan wabak, mencatatkan hampir 1,000 kematian dalam sebulan.
“Kemampuan hospital hanya 70 peratus, sebab itu kita mesti bersiap sedia untuk menghadapi tempoh pandemik yang terburuk di bandar kita,” kata Covas.
Jumlah kakitangan di tanah perkuburan juga dipertingkatkan daripada seramai 240 orang sehari sehingga 400 orang selain membeli 15,000 lagi beg untuk mengisi mayat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan presiden Brazil yang umpama sudah menyerah dengan penularan Covid – 19 di negara mereka dan bersyukur tinggal di tanah dan bumi Malaysia yang mempunyai pemimpin yang berjiwa rakyat dan menyayangi rakyat sepenuh hati.
Belum perang dah kalah
Gali kubur siap siap tu.. aduhai
Kita beruntung berada di Malaysia
Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih
Sumber: Siakap keli via Bernama