Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Menerusi Radio Televisyen Brunei (RTB) sebentar tadi, pihak Istana Brunei telah memaklumkan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

Anakanda Sultan Brunei mangkat

Menerusi laporan yang disiarkan, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan akan dimakamkan di Kubah Makam Diiraja hari ini selepas waktu Asar.

“Pemakamannya akan dijalankan selepas solat Asar,” kata pengumuman tersebut.

Memetik laporan MEAWW, difahamkan baginda Putera Abdul Azim telah dimasukkan ke hospital sebelum ini kerana komplikasi kesihatan, menurut sumber berkenaan.

Rakyat negara Brunei berkabung

Justeru, seluruh rakyat Brunei Darussalam itu hendaklah memasang bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari bermula hari ini.

Menerusi tinjauan di laman Twitter, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan semoga roh Alharhum dicucuri rahmat.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *