Hiburan

Budak Hostel Buat Hal Kejut Member Bangkit Solat Subuh, Buat Netizen Berdekah Dengan ‘Twerk’

Bagi pelajar yang pernah tinggal di asrama, tak dinafikan ada banyak rutin atau kenangan bersama rakan-rakan. Antaranya adalah moment kejut bangun Subuh atau sebelum berangkat ke kelas masing-masing.

Mana tidaknya, ramai anak muda sekarang liat nak bangun sampai terpaksa guna cara kreatif seperti ini.

Siap bawa speaker terjah masuk bilik sebab nak kejut member..

Baru-baru ini, menerusi sebuah perkongsian video daripada seorang pengendali Twitter bernama @naufalazis1223 memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menerjah masuk ke sebuah bilik.

Lebih melucukan lagi apabila kumpulan berkenaan turut membawa speaker untuk mengejut rakannya menunaikan solat Subuh.

Cara kejut solat Subuh zaman moden perlu sedikit duniawi..

Berbeza dengan cara kebiasaannya, mereka berjoget sambil memasang muzik sekali gus buatkan suasana dalam bilik riuh-rendah.

Apabila mata sudah terbuka, remaja berkenaan agak terpinga-pinga dengan kegigihan sahabatnya yang ligat bergelek itu. Tidak membuang masa, dia akhirnya terbangun dan turut sama menari di atas katil.

Kelakar habis, abang pakai kopiah tu sempat lagi twerking ye..

Dikongsikan sejak semalam, klip video berdurasi kurang daripada seminit itu meraih hampir 500 ribu tontonan. Mengjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan gelagat ‘masuk air’ kumpulan pelajar berkenaan.

Kopiah cabut dulu la haha

Sampai twerk..

Sampai sem 5 masih sporting

Comfirm segar..

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber : Twitter naufalazis1223 via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *