Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

KUALA LUMPUR: Tanggal 20 Februari 2020 menjadi pilihan buat pasangan Zahirah MacWilson dan juga Aiman Hakim Ridza. Penantian hari bahagia pasangan ini sering disebut sebut dalam media sosial. Namun, tarikhnya dirahsiakan sehingga ke hari majlis.

Sedikit perkongsian mengenai biodata Aiman Hakim, aiman merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik, Berketurunan campuran Melayu dan Arab. Bapanya berbangsa Melayu, manakala ibunya daripada Arab. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah SS 17 Subang Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama dan kemudian menyambung pengajian di Kolej Sunway atau kini dikenali sebagai Universiti Sunway. Ketika itu beliau mengikuti jurusan perakaunan untuk memperoleh tempat dalam Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) di pusat pengajian tersebut.

Jom Lihat Video Dibawah:

#MHLive Majlis nikah Aiman Hakim Ridza & Zahirah MacWilson ♥️

Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 20 February 2020

Gambar-gambar di sekitar majlis akad nikah:

Indahnya majlis pernikahan pelakon Aiman Hakim Ridza dan bakal isteri, Zahirah MacWilson

Sungguh Meriah!

Doakan yang baik baik sahaja buat pasangan Zahirah & Aiman.

lagi cerita mengenai biodata Aiman, sebelum bergelar pelakon, beliau yang meminati sukan bola sepak, pernah memegang tanggungjawab sebagai kapten pasukan, malah menjadi wakil negeri Selangor untuk penyertaan dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia yang berlangsung pada 2001 di mana ketika itu usianya 12 tahun.

Beliau juga kerapkali menyertai Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo sebagai wakil negara pada tahun 2004 dan 2005. Tidak hanya itu, beliau aktif dalam pelbagai perlawanan bola sepak kategori bawah 17 tahun, juga sebagai wakil negara yang mana berlangsung di beberapa lokasi seperti Bangkok, Jakarta dan Hong Kong.

Selaku penyanyi, Aiman bermula daripada tahun 2011 menerusi rancangan realiti, Mentor musim kelima. Ketika itu, dia yang berada di bawah naungan penyanyi Rahim Maarof hanya dapat bertahan sehingga ke pusingan keempat.

Antara drama popular dibintanginya seperti Vanila Coklat, Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Diandra, Projek Memikat Suami, Isteri Separuh Masa, Urusan Hati Cik Drama Queen, Girlfriend Aku Dari Neraka, Amira Rose, Pengantin 100 Hari dan Aku Cinta Dia.

Juga terlibat di layar perak dalam filem Kimchi Untuk Awak sebagai teraju utama. Menerusi teater, beliau membintangi pementasan Bidasari, Kalung Oh Kalung dan Y Sebuah Muzikal.

Namun kini doa peminat terkabul, majlis akad nikah berlangsung! Min rimbabara doakan kebahagiaan dan berjaya dunia akhirat buat Zahirah & Aiman.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *