Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Baru-baru ini, lagu terbaru kumpulan Bunkface yang berjudul Akhir Zaman telah mengundang reaksi pendengar terutama golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Ketika lirik berbunyi ‘LGBT pergi mampus’ menjadi bualan hangat warganet, muncul pula sisi lain mereka yang tidak ditunjukkan dan diketahui orang ramai.

Seorang pengguna Twitter, Mohd AlIqbar berkongsi sebuah posting menyatakan bahawa kumpulan yang dianggotai Sam, Youk dan Paan itu tidak lupa menunaikan solat fardu walaupun dalam keadaan sibuk.

Menurut Mohd AlIqbar, ketiga pemuda itu tidak melengahkan waktu sejurus azan berkumandang sebaliknya terus ‘mencapai’ kain pelikat bagi mengerjakan solat berjemaah.

Posting berkenaan diulang kicau sebanyak 10,700 kali dan meraih lebih 11,000 tanda suka serta pelbagai reaksi yang turut dipersetujui oleh netizen.

Kebanyakan berkongsi pengalaman masing-masing sewaktu menjayakan persembahan bersama kumpulan tersebut yang mengakui bahawa Sam, Youk dan Paan amat menitikberatkan kewajipan sebagai Muslim.

Dahulukan solat sebelum persembahan


Waktu solat terus cari surau


Paan tu asyik berjemaah dengan orang masjid


Dorang nampak macam takde arah, tapi jaga agama


Jadi, Kesimpulannya don’t judge a book by its cover atau jangan menilai orang dari luarnya adalah peribahasa sesuai untuk situasi ini. Dengan membawa imej punk rock, tak semestinya hidup penuh dengan kejahilan kan?

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *