Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Setakat hari ini 117 kes baharu telah dicatatkan sehingga jam 12 tengah hari tadi. Hal tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 790 kes.

Berdasarkan siasatan awal, sebanyak 80 kes ada berkait dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sehingga kini, seramai 15 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Pertambahan kes positif

Menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 10,000 sudah diuji dan dan 673 telah didapati positif atau hampir 7%. Dua kematian di Malaysia telah direkodkan dan 12 di rawat di ICU. Pihak

KKM juga berharap agar angka ini terus meningkat, jadi diharap semua dapat patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

TERKINI: 117 kes baru COVID-19 di Malaysia menjadikan 790 kes, 18 Mac 2020. 11 lagi telah pulih menjadikan 60 pesakit…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 18 March 2020

Sehubungan dengan peningkatan ini, pihak KKM masih mengesa orang ramai agar patuh kepada arahan dengan tidak pergi kemana-mana dan duduk dirumah bagi mengelakkan sebarang penularan Covid-19 dikesan.

Sesiapa yang mempunyai simptom dan juga kontak rapat dengan kes positif Covid-19 diminta segera mebuat saringan.

Semalam, dua kes kematian melibatkan peserta himpunan tabligh dan serorang paderi di Kuching disebabkan Covid-19 membuatkan ramai panik. Oleh itu, pihak kerajaan memohon agar orang awam usah gusar dan ikut arahan yang sudah ditetapkan.

Bilangan Kes Mengikut Negeri di Malaysia

Tolong patuhi arahan kerajaan

Makin bahaya malaysia ni

Selamatkanlah kami dari Covid – 19

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *