Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan seorang lelaki berasal dari Terengganu menggantung poster ditengah jalan bagi mencari jodoh.
Nampaknya, usaha Nooraziro Abdullah, 35 atau lebih dikenali sebagai Aziro berhasil apabila dia selamat bergelar suami setelah menemui pasangan yang sepadan dengannya.
Selesai bernikah dengan kekasih hati
Menerusi muat naik di laman sosial Gegar, beberapa gambar Aziro yang segak berbaju pengantin bersama isterinya ketika upacara membatalkan air sembahyang telah tular.
Aziro telah selamat bergelar suami kepada kekasih pilihan hati dikenali sebagai Suhaibah atau Ibah, 33, berasal dari Kuantan.
Sehubungan dengan perkongsian gambar-gambar tersebut, ramai yang menitipkan ucapan tahniah diatas pernikahan pasangan pengantin itu. Rata-rata mereka mendoakan agar Aziro dan Ibah kekal bahagia hingga ke Jannah.
Muka iras2 ni jodoh panjang
Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah
Salah satu usaha mencari jodoh
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih
Sumber: Gegar via OMM