Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Penceramah dan juga seorang pakar mata, Profesor Datin Dr. Muhaya Mohamad menasihati orang ramai supaya tidak mengh1na golongan lesb1an, g4y, biseksu4l dan tr4nsgender (LGBT).

Sebaliknya, Dr Muhaya menekankan agar sebaik-baiknya mendoakan golongan itu mendapat hidayah daripada Tuhan dan kembali ke jalan yang benar meskipun mereka membuat salah.

Jangan h1na mereka!

“Jangan h1na, kita yang akan berd0sa kerana mengvmpat mereka. Jadi jangan bercakap mengenai mereka”

“Tengok diri sendiri jangan s1buk tengok orang lain!”

“Saya kasihan kepada mereka kerana Allah beri cubaan yang sangat besar bersama mereka. Kalau sakit sebab kedekvt atau dengk1 itu boleh rawat. Jadi cara untuk merawatnya ialah solat.

“Kita tak boleh menasihati kerana mereka tahu itu salah. Jadi jangan menghvkum mereka tetapi doakanlah mereka.

“Jangan rasa kita lebih daripada orang lain hanya kerana kita bukan LGBT,” katanya menerusi siaran langsung bersama pelakon Janna Nick sekitar tahun lalu.

Sedutan video yang tular di laman sosial Twitter itu diulang siar netizen susulan isu LBGT yang kembali tular baru-baru ini.

Beberapa hari lalu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan polis terhadap akaun Twitter (Nicole Fong) yang didakwa membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai program Mukhayyam untuk komuniti LGBT beragama Islam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya, berkata jabatan itu turut mengecam hantaran akaun Twitter berkenaan yang menyamakan program Mukhayyam dengan amalan terapi pertukaran dari Barat seperti menggunakan kejutan elektrik, pembedahan, kahwin secara paksa dan rogol secara korektif.

Paimuzi menegaskan program Mukhayyam yang dianjurkan bersama JAKIM dan jabatan agama Islam negeri bersifat sukarela dengan pendekatan harmoni dan holistik, menekankan aspek kesedaran kerohanian, bimbingan fardu ain, kesedaran kesihatan, motivasi dan bimbingan kerjaya.

Konklusinya, marilah sama sama doakan yang terbaik buat golongan yang sedemikian supaya kita tidak menambah tekanan dan keraguan kepada mereka dari segi cara kita menegur dan menasihatinya juga. Semoga bermanfaat.

Apa pendapat anda? Jangan lupa komen yang baik baik sahaja !

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *