Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

KUALA LUMPUR: Foto pelakon, Chacha Maembong yang diapit dan dicium pasangan pengantin baru yang juga kakaknya, Emma Maembong dan abang iparnya, Muhammad Shazli Azhar tular di media sosial.

Gambar itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang kebanyakannya menyifatkan ia salah dari segi hukum agama Islam.

“Warganet terlalu negatif,” kata Chacha ringkas kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai tindakannya itu, Chacha, 24, atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail enggan mengulas lanjut.

“Saya tak mahu berikan sebarang komen mengenai perkara itu,” katanya.

Kebanyakan status yang dikongsi pengguna laman sosial menganggap pelakon filem Aku Bukan Terrorist itu tidak tahu mengenai hukum agama dan batasan antara adik dengan abang ipar.

Ada juga yang menganggap selebriti tanah air umpama tidak mengambil endah perihal agama dan memiliki pengetahuan agama yang terlalu cetek.

Sedikit perkongsian mengenai Chacha Maembong, Chacha pernah tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017. Ramai tidak tahu, Chacha terlebih dahulu bergelar pelakon sebelum Emma, namun popularitinya datang kemudian selepas kakaknya itu. Juga pernah muncul sebagai model dalam video muzik Lebih Indah nyanyian penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza yang turut dibintangi aktor Zain Saidin.

Namun begitulah, sekiranya mengaku beragama islam maka wajiblah masyarakat untuk menasihati.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *