Hiburan Skodeng Artis

Tampil Dengan Gaya Rambut ‘Curl’, Cik B Dipuji Persis Model Antarabangsa

Sejak kebelakangan ini, anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B sering mendapat perhatian ramai selepas tampil berlakon dalam sebuah drama Lelaki Lingkungan Cinta.

Walaupun sering ‘dimewahkan’ oleh ibunya dalam kehidupan, remaja berusia 15 tahun itu disifatkan sangat merendah diri dengan perwatakan bersahaja, malah disenangi warganet di media sosial.

Terbaru, pemilik nama Nur EdlAynn Zamillen itu memuat naik sebuah posting di laman Instagram ketika melakukan ‘photoshoot’ atas urusan kerja.

Tampil dengan gaya rambut keriting sambil ‘berposing’ di hadapan kamera, Cik B meraih pujian ramai yang diberikan melalui ruangan komen di laman Twitter.

Rata-rata terpegun dengan kecantikan Cik B yang dikatakan persis model antarabangsa selain mengakui hampir tidak mengenali remaja berkenaan kerana kelihatan lebih matang.

Jom lihat komen netizen

 

Macam international model

Cikb nampak matang

Cantiknya CikB

 

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Cikb Instagram, Twitter via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *