Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Aplikasi TikTok bukan hanya dipelopori oleh anak muda sahaja, bahkan golongan tua atau mak-mak juga dilihat sakan mengikuti trend serta challenge terkini.

Di samping dapat mempamerkan kreativiti dalam penghasilan video menarik, ia juga membolehkan seseorang itu berhibur.

Baru nak rancak main TikTok sekali ada kelibat ‘kecil’ yang muncul..

Baru-baru ini, mencuri perhatian ramai sebuah video pendek memaparkan gelagat dua wanita yang lengkap mengenakan hoodies sedang leka menghiburkan diri di hadapan telefon pintar.

Bagaimanapun, berlaku pula insiden yang langsung tak disangka-sangka di ruang tamu.

Siap rampas & larikan handphone, budak mencicit lari kena kejar dengan mak..

Tak sampai beberapa saat mereka memulakan tarian, tiba-tiba muncul kelibat seorang budak perempuan dari arah tepi.

Apa yang melucukan lagi apabila si kecil tersebut merampas dan melarikan handphone berkenaan. Dalam masa yang sama, reaksi nakal wajah si kecil berkenaan turut sempat terakam hinggalah dia berhenti lari.

Bukan main puas hati ‘hijack‘ mak sendiri sampai terjelir lidah

Meraih lebih 800 ribu tontonan, klip video berdurasi kurang daripada seminit itu turut dihujani dengan pelbagai reaksi.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat nakal si kecil berkenaan.

Tidak terkecuali juga yang turut berseloroh mengenai reaksi wajah kanak-kanak tersebut sewaktu dikejar ibunya.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber : TikTok kalynnbrianna via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *