Hiburan Isu Semasa

Cristiano Ronaldo Ramal Khabib Juarai UFC 254, Ungkapan ini “Saudaura saya, In shaa Allah” Dapat Perhatian

Siapa yang tidak kenal lagi dengan dua nama ini, iaitu Cristiano Ronaldo dan Khabib Nurmagomedov, masing-masing mempunyai prestasi mengkagumkan dalam bidang sukan yang diceburi mereka.

Saling mengenali, baru-baru ini Cristiano Ronaldo meramalkan, Khabib Nurmagomedov memenangi perlawanan bersaing dengan Justin Gaethje, pada UFC 254.

Cristiano sebut Insya-Allah

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah ungkapan ‘Insya-Allah’ yang disebut pemain bola pasukan Juventus, menerusi siaran langsung di laman Instagramnya.

“Sudah tentu Khabib akan memenangi perlawanan itu. Saudara saya, Insya-Allah!”…”

Cristiano Ronaldo dan Khabib Nurmagomedov  saling mengenali serta pernah bertemu pada 2018, menyaksikan mereka bergambar bersama-sama memegang jersi Real Madrid.

Terkini, pemain Portugasl berusia 35 tahun itu kini sedang menjalani pengasingan diri selepas didapati positif Covid-19.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber : OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *