Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Di Instagram Story, Siti menulis kapsyen yang memberikan sedikit pembayang mengenai persiapannya untuk menimang cahaya mata kedua. Sebelum ini, Siti pernah berkongsi mengenai usahanya untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

“Standby (persediaan) untuk adik Aafiyah,” tulisnya di Instagram Story. Insya Allah, sebab usia saya pun makin meningkat. Saya mensasarkan timang anak kedua sebelum usia 43 tahun. Walau bagaimanapun saya tetap menjalankan apa yang doktor sarankan dengan mengikut segala prosedur sama macam dulu iaitu IVF. Sebab masa buat dulu saya masih ada embrio yang disimpan. Jadi, Insya Allah. Ini semua rezeki Allah. Kalau letak, ia menjadi, begitulah sebaliknya.

“Apa pun, saya berserah pada Allah. Kalau Allah kata ada rezeki lagi, saya bersyukur. Kalau tidak ada pun, tidak mengapa. Ini kerana, Aafiyah satu-satunya doa yang saya menanti selepas sekian lama,” katanya.

Terdahulu, pada 2017, Siti berkongsi berita kehamilannya ketika usia 38 tahun iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K. Siti selamat bersalin anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia dua tahun.

Jangan lupa komen yang baik baik.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *