Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kota Bharu: “Sekarang ini kita lihat Selangor mencatat kes harian tertinggi dan adakah ini hanya bersasar kepada Selangor sahaja atau tidak, ia bergantung kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara).”

Demikian penjelasan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sepatutnya berakhir 4 Februari ini, disambung atau tidak.

Beliau berkata, perkara berkenaan akan dibincangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama MKN dan apa yang lebih penting adalah pematuhan orang ramai terhadap SOP PKP.

“Sejak hari pertama pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu, tugas KKM ialah memberikan nasihat dan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melaksanakan tindakan sewajarnya selain perlu mengimbangi daripada segi kesihatan dan ekonomi.

“Sekarang ini, Selangor mencatat kes harian tertinggi dan adakah ini hanya bersasar kepada Selangor sahaja atau tidak, ia bergantung kepada MKN.

“Justeru itu, kita perlu capai titik keseimbangan kedua-dua aspek iaitu kesihatan dan ekonomi. Kita lihat apa yang penting bukan PKP atau PKP Bersyarat (PKPB) diperketat, apa yang penting kepatuhan kepada SOP,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Husin.

Penularan kes jangkitan baharu Covid-19 di negara ini kian membimbangkan apabila 5,728 kes positif dilaporkan, semalam, menjadikan ia rekod tertinggi jangkitan virus itu dalam tempoh 24 jam. Ia menjadikan jumlah kumulutif kes Covid-19 di Malaysia kini meningkat kepada 209,661 kes.

Jom Lihat apa kata netizen:

Kalau PKP atau PKPB takde ape perubahan pub.Sebab rakyat masing 2 tak macam PKP.So aku cadangkan kembalilah kepada Allah SWT..Bukakan masjid seluas-luasnya.Kita tak tahu kiamat bila jadi kalau kiamat datang tanpa masjid dan Mekah di buka,tidakkah rasa rugi atau kurang ke amalan jariah ke saham akhirat kita..

Pakt berdoa lh smua… Smga Allah angkt smua covid yg sedng mnyerng mnusia skng ni… Hnya Allah S. W. T je yg mmpu mnhpuskn covid ni.

cmna cara kita nk pastikan manusia ni ikot SOP? ada berjuta rkyat mlysia klu sbilangn je ikot sop xd jdi bend. even dorg ada akal ad gk yg tak ubah sperti lmbu. cara nk kekang hanyala dgn lockdown smntra treat serupa lembu! no choice

Namun begitu, min doakan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *