Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, saya tak ‘down’ (patah semangat). Pengalaman banyak mengajar saya. Sebelum ini lagi teruk saya lalui macam-macam ujian. Ini kira okay,” kata penyanyi Mawi mengulas kecaman yang dilemparkan oleh seorang pendakwah terhadapnya dan Datuk AC Mizal.

Tiga hari lalu, Mawi yang juga penerbit, pelakon dan pengarah memuat naik video kecaman pendakwah terbabit di Instagram dengan meletakkan kapsyen Lagu Kepala Hotak.

Ia berkenaan kritikan terhadap lagu duetnya bersama AC Mizal iaitu Al-Haq…Yang Satu yang penyampaiannya dikatakan tidak kena pada tempat.

Pendakwah terbabit mendakwa cara meminta pengampunan dalam bentuk rap agak kurang ajar dan menggelarnya lagu kepala hotak.

Mawi yang dihubungi mengakui tidak berasa hati dengan kecaman itu.

“Kita semua ada pendapat masing-masing. Saya tak tolak pendapat sesiapa sahaja dalam mengkritik lagu atau apa-apa sahaja.

“Bagi saya, kita raikan semua pendapat dan dalam masa sama sebenarnya kita boleh belajar sebab ilmu seseorang boleh dikatakan lain-lain bidang.

“Orang yang pakar dalam bidang ini pendapatnya begini, manakala orang seni pendapatnya begini. Jadi kita raikan semua pendapat,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku juga tidak sama sekali melemahkan semangatnya untuk terus berkarya.

“Alhamdulillah lagu itu diterima ramai. Malah kami banyak dapat komen positif. Jadi saya akan teruskan berkarya buat lagu dan filem macam biasa,” katanya.

Sementara itu, golongan penggiat seni dan peminat menyokong apa yang dilakukan oleh Mawi dan AC Mizal. Menerusi komen yang ditulis, mereka meminta agar Mawi terus berkarya dengan cara begini bagi menimbulkan kesedaran buat masyarakat.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *