“Popular atau tidak, bukan..” – Dafi sering dikaitkan anak Timbln Perdana Mnteri, Namun ini jwapan Dafi

“Baik bersara lah dari industri kreatif ni. Jadi usahawan lagi bagus.” – Netizen.

Ada juga berpendapat yang Dafi seharusnya menceburi bidang perniagaan. Namun, setiap orang pasti ada pilihan masing masing kan?

Memetik artikel daripada halamam HM, nama penyanyi dan pelakon, Dafi Ismail Sabri, 33, pastinya tidak asing dalam industri hiburan tanah air. Apatah lagi, diam tak diam sudah hampir 13 tahun pembabitannya dalam kerjaya seni.

Namun, Dafi mengakui pencapaian diraihnya hingga kini belum lagi sampai di tahap memuaskan. Katanya, masih banyak yang perlu diperbaiki dan sedia diterokai untuk meraih kejayaan pada masa hadapan.

“Tapi, saya takkan bertindak terburu-buru kerana yakin semua itu perlu ada perancangan. Apapun, yang pasti saya tak sangka mampu bertahan dalam kerjaya ini lebih sedekad lamanya.

“Meskipun pencapaian hanya biasa-biasa, namun alhamdulillah syukur saya dapat bertahan hingga sekarang. Bukan mudah sebenarnya kerana kehadiran bakat baharu makin ramai dan bersilih ganti.

“Selain itu, usia saya juga kian meningkat dan matang. Tapi, saya sentiasa percaya pada rezeki. Dalam hidup ini, teruskan berusaha kerana setiap rezeki itu sudah ditetapkan oleh Allah dan seterusnya bersyukur,” katanya.

Ditanya mengenai populariti, Dafi atau nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri berkata, ia adalah bonus. Bagaimanapun, katanya itu bukan keutamaan hendak dicapainya kerana sudah pernah merasai dahulu.

Mengenai Popular ataupun tidak?

“Popular atau tidak, bagi saya itu bukan persoalannya. Sebagai selebriti, saya akui sudah berasa gembira apabila mendapat tawaran menyanyi atau berlakon.

“Saya amat meminati bidang kerjaya ini, jadi saya sebenarnya sentiasa berusaha untuk terus bertahan. Setakat ini, saya gembira dengan apa yang diperoleh atas usaha sendiri,” katanya.

Respon Dafi sendiri apabila sering dikaitkan dengan bapa nya iaitu selaku Timbalan Perdana Menteri

Dafi berkata, dia amat bangga dengan bapanya yang menjadi sumber inspirasi. Katanya, dia suka melihat cara bapanya bekerja.

Mengulas juga perancangan kerjaya, Dafi memaklumkan dia ingin tampil dengan lagu baharu. Namun, disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang belum berakhir ini, maka perlu bersabar.

Walau apa pun, min rimbabara mendoakan kebaikan buat Dafi untuk masa depan nya. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *