Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Terdahulu pernah tular mengenai kisah duka seorang wanita bernama, Airina Roslan, yang disahkan hamil anak pertama selepas tiga hari pemergian suami tercinta.

Genap dua bulan mendirikan rumah tangga, suaminya, Allahyarham Muhammad Amirul Ashraf meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bermain futsal.

Bersalin anak pertama tanpa suami

Dalam perkembangan terbaru, difahamkan wanita berusia 24 tahun itu telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Ali.

Muka sebijik ikut arwah ayah dia

Melihat raut wajah bayinya, Airina menerusi perkongsiannya di IG story memberitahu bahawa wajah anaknya itu saling tak tumpah seperti arwah suaminya.

Bukan itu sahaja, malah rambut anaknya jugak sama macam arwah suaminya.

 

Kuat hadapi sakit bersalin

Dalam pada itu, Airina mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dan semangat kepadanya. Melahirkan anak tanpa suami di sisi, wanita meluahkan rasa bangga dapat mengharungi sakitnya bersalin.

Tahniah diucapkan kepada Airina, semoga terus kuat dan tabah dalam mengharungi fasa kehidupan baru bergelar seorang ibu tunggal.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik. Terima kasih

Sumber: OMM via Airina Roslan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *