Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

KUALA LUMPUR: Pengasas jenama kosmetik yang dikenali ramai iaitu Dato Aliff Syukri seringkali mendapat perhatian warganet. Dato Aliff sentiasa berkongsi kehidupan nya bersama keluarga tercinta, kehidupan sebagai seorang ahli perniagaan, namun tidak lupa minat nya pada muzik dan berkongsi lagu lagu nyanyian nya sendiri.

Mengenai desas desus isu rumah tangga yang dihadapi oleh Dato Aliff Syukri pada masa kini, banyak spekulasi spekulasi yang dilanda mereka. Namun, disini min rimbabara mengegaskan agar orang ramai diluar sana agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat Dato Aliff Syukri dan keluarga agar berjaya bukan sahaja di dunia yang fana, malahan di akhirat juga.

Terkini, menerusi halaman instagram Dato Aliff Syukri sendiri, beliau ada berkongsi gambar komen salah seorang netizen dengan isi yang berbunyi:

Namun pada tempoh hari yang lepas menerusi halaman Berita Harian, Datin Shahida turut menjawab dan memberi respon positif pada media:

“Saya tak perasaan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya.

“Sejujurnya, saya juga tak tahu Alif ‘unfollow’ saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen netizen.

“Bagaimanapun, tak mengapalah, saya tak ambil pusing pun,” katanya kepada BH Online.

Bekas anggota kumpulan nasyid Solehah itu berkata, dia dan anak-anaknya sihat dan tenang sahaja di rumah.

“Alhamdulillah, saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik. Sihat semuanya.

“Saya hanya keluar rumah apabila kehabisan barang dapur, selebihnya masa saya banyak bersama anak-anak” katanya.

Mengulas isu dakwaan memfailkan perceraian di mahkamah, Shahida tidak dapat memberikan komen lanjut.

“Maaf, saya tak dapat komen.

“Bagi saya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap isu perceraian.

“Sekarang, seluruh dunia sedang berdepan dengan musibah penularan virus COVID-19. Jadi, fokus saya mengenai keselamatan anak-anak,” katanya.

Menerusi entri terbaru Dato Aliff Syukri dan mendapat perhatian ramai mengenai status yang dimuatnaik olehnya:

majlis kawin.. best dan seronok jerr habis berjuta2 Dan amat meriah.Sy ucapkan.. Selamat pengantin baru.. anak bos kak ros teranego.. Semoga perkahwinan ini kekal ke anak cucu dan bahagia saya yakin setiap perkahwinan itu kita inginkan kebahagiaan dan sampai ke Jannah.. sama sama kita doakan

Disini, sekali lagi min rimbabara mendoakan agar masjid yang dibina terus kukuh dan semoga berjaya di dunia dan akhirat. Buat netizen diluar sana, jangan lupa komen yang baik baik sahaja ya.

Sumber: BH & IG aliffsyukriterlajaklaris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *