Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Semenjak dua menjak ni kecoh juga isu membabitkan artis bertudung yang membuka tudung ekoran tak mahu hipokrit dan nak jadi diri sendiri.

“Allah dah bagi hidayah depan pintu…Buka pintu dah dapat hidayah dah. Kita tolak hidayah Allah. Ambil la hidayah Allah tu walaupun sakit.”

Penceramah Bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias ketika menyampaikan ceramah perdana di Masjid Ukay Perdana pada Sabtu berkata artis yang membuka tudung kemudian buka hijabnya itu sebenarnya telah dapat hidayah allah ketika dia bertindak untuk menutup rambut dan kepalanya itu.

Namun membuka semula tudung selepas mengenakan tudung, adalah perlakuan yang menolak hidayah Allah.

“Dulu tak bertudung, jadi pelakon rambut perang sana, kerinting sini, datang keinsafan dan balik dari umrah cakap kepada peminat kalau ada gambar tak menutup aurat, tolong buang…saya bertaubat”

“Lepas pakai tudung, job takde. Kalau ada pun jadi tukang bawa air je letak dekat pelakon utama, jadi opah dah sekarang. Akhirnya dia buka tudung…dia tak sabar, (sepatutnya) nanti la kejap…Nanti Allah ganti kut (perkara) lain.” ujarnya

Bagaimanapun Ustaz Kazim tidak menyebut mana-mana artis, namun pada masa sama beliau memberikan contoh artis yang pakai tudung sebab ikut perintah suami namun lepas cerai buat keputusan buka tudungnya sebab ‘tak mahu hipokrit’.

Bila wartawan tanya ‘betulkah tak bertudung’, jawabnya…

“Saya tak nak hipokrit, nak jadi diri sendiri sebab dulu saya bertudung pun ex husband yang nak bertudung, so saya tak nak hipokrit”

“I nak jadi macam I, I rasa lebih selesa kalau tak bertudung, memang berdosa dan I tahu itu I dengan Tuhan, I lebih selesa macam ni. Harap peminat i doakan agar i dapat hidayah.”

Malah Ustaz Kazim berkata tindakan memakai tudung kemudian buka semula dan memohon peminat doakan agar diberikan hidayah merupakan tindakan PELIK.

Katanya tindakan pakai tudung itu sebenarnya diibaratkan hidayah sudah diberi ‘depan pintu’ tapi mereka menolak hidayah tersebut.

Datuk A.Aida jawab kenyataan Datuk Kazim

Sementara itu, Producer Datuk A.Aida berkata di dah tonton rakaman video Ustaz Kazim tersebut dan mengakui yang kata-kata diungkapkan Ustaz Kazim ditujukan padanya.

Namun dia tak berkecil hati sebab itu merupakan perkara yang baik.

“Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila dan orang menegur seperti dalam ceramah ia bermakna kita masih disayangi…Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar”

Kita doa baik baik buat Datuk A. Aida, semoga beliau kembali bertudung. Amin

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *