Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Rakyat Malaysia dilihat terus bersyukur kerana kerajaan dilihat cekap mengatasi pelbagai masalah dan mengemukakan pelbagai inisiatif kepada penduduk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham antara barisan tulang belakang negara yang dinanti-nanti kemunculannya di tv melaporkan status serta laporan harian kes COVID-19.

Malah, ketenangan, kematangan serta personaliti Datuk Dr Noor Hisham dalam melaksanakan tanggungjawab beratnya cukup terserlah sangat menyenangkan hati ramai.

Hari ini dilaporkan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham telah dinobatkan antara 3 doktor terbaik yang cekap menghentikan penyebaran virus COVID-19 di dunia oleh China Global TV Network.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Portal China Global Television Network (CGTN) melaporkan, selain Dr Noor Hisham, dua lagi tokoh perubatan yang mendapat perhatian adalah Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga tokoh perubatan itu menampilkan sisi berbeza dalam waktu membimbangkan dunia ketika ini dengan menyampaikan maklumat dan saranan kesihatan untuk menenangkan orang awam.

Kira-kira dua bulan lalu, tiada sesiapa mengenali ketiga-tiga lelaki berkenaan namun, hari ini nama mereka disebut-sebut malah diberi gelaran ‘buah hati’, ‘bintang rock’ dan ‘hero negara’ di sosial media.

DR Anthony Fauci

Dr Fauci, 79, adalah Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS (NIAD) manakala, Dr Bloomfield, 54, dan Dr Noor Hisham, 56, adalah ketua pengarah kesihatan di kementerian kesihatan negara masing-masing.

Mereka juga bukan menteri kabinet namun, bertanggungjawab untuk menyampaikan perkembangan terkini keadaan semasa pandemik Covid-19.

Walaupun ada masanya kerajaan bertindak lambat atau mengeluarkan arahan yang mengelirukan, ketiga-tiga tokoh ini akan memainkan peranan untuk memastikan orang awam kekal tenang dengan menyampaikan fakta meyakinkan.

Dr Fauci mengetuai NIAD sejak 1984 dan menjadi penasihat perubatan kepada enam presiden AS serta pernah ‘memerangi’ HIV/AIDS, Zika dan Ebola.

Dr Noor Hisham pula menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan masih menjalankan tugas sebagai perunding kanan dan pakar bedah endokrin di Hospital Putrajaya.

DR Ashley Bloomfield

Manakala, Dr Bloomfield sebelum ini bertugas di United Kingdom dan New Zealand serta pernah menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva.

Dr Fauci dilaporkan bertugas antara 16 hingga 18 jam sehari sejak beberapa minggu lalu dan melayani sesi temubual dengan semua rangkaian televisyen yang ada.

Dr Noor Hisham pula belum pernah gagal membuat hantaran di Twitter dan Facebook walaupun pada lewat malam untuk memberikan maklumat terkini berkaitan situasi Covid-19 di Malaysia.

Disebabkan itu, keperibadian Dr Noor Hisham turut jadi pujian dan China Global TV Network menyatakan bahawa rakyat Malaysia sangat beruntung memiliki pemimpun sepertinya.

Tahniah Datuk. Rakyat Malaysia sesungguhnya berbangga!

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan  komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: OMM & Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *