Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pendakwah tanah air, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi, dimaklumkan kira-kira jam 11 pagi tadi, jenazah telah selamat dikebumikan.

Jenazah Allahyarham selesai diuruskan dan disolatkan di Masjid as-Sobirin, Keramat Au5 jam 9 pagi ini.

Datuk Ismail Kamus selamat dikebumikan

Terkini, menerusi laporan wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin, jenazah telah dibawa ke tanah perkuburan Islam As-sobirin, Keramat untuk disemadikan.

Di dalam rakaman siaran langsung daripada wartawan Sinar Harian itu, hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk memasuki perkarangan perkuburan.

Hanya keluarga dan kenalan terdekat sahaja dibenarkan

Bagaimana pun, dapat dilihat ahli keluarga dan sahabat handai sudah memenuhi ruangan perkuburan, bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Datuk Ismail Kamus.

Diharapkan, segala urusan pengebumian berjalan lancar, dan para hadirin dapat mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Semoga Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Kamus diberikan keampunan oleh Allah SWT jua, diangkat pada kedudukan yang tinggi di sisi-Nya, serta dihujani dengan lautan rahmatNya yang tidak bertepi.

Alhamdulillah, semoga ditempat dalam kalangan orang beriman

Salam takziah buat keluarga

Allahyarham adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya.Terima kasih

Sumber: OMM via Harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *