Hiburan Skodeng Artis

“Sampai Hang Handphone!” -Terima Ribuan Ucapan Tahniah, Datuk Rizalman Terharu

Berita lantikan Datuk Rizalman Ibrahim sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)  sememangnya disambut dengan tangan terbuka oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.

Handphone sampai hang

Pereka fesyen terkenal itu telah mendapat ribuan ucapan tahniah daripada warganet sehinggakan telefon peribadinya mengalami masalah kerana tidak henti-henti menerima isyarat menandakan terdapat mesej masuk.

Luahan tersebut dimuat naik oleh Datuk Rizalman sendiri menerusi IG storynya semalam seusai poster ucapan tahniah atas pelantikkan beliau tersebar.

Tak sangka dilantik

Selain daripada menyatakan kondisi telefonnya, dia juga menzahirkan rasa syukur dan tidak sangka selepas dilantik memegang jawatan tersebut. Perkara itu diucapkan apabila membalas ucapan tahniah yang diberikan oleh warganet.

Akan adakan sidang media jam 2 petang

Walau bagaimanapun, Datuk Rizalman sangat berterima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berjanji akan mengadakan live di media sosial jam 2.00 petang.

Pelantikkan beliau dilihat amat bersesuaian kerana merupakan alumni universiti tersebut yang berjaya menjadi salah seorang individu berpengaruh dalam bidang yang diceburi apabila rekaan-rekaan fesyennya sangat diterima semua lapis masyarakat.

KDYMM Baginda Raja Permaisuri Agong turut menjadi antara pengguna setia rekaan beliau sehingga mempunyai hubungan akrab dengan Baginda Raja Permaisuri.

Terdahulu, pereka fesyen yang mempunyai empayar fesyen sendiri itu telah menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM selepas menggantikan Vivy Yusof yang sudah tamat perkhimatan pada bulan September lalu.

Pelantikan beliau telah mendapat respon positif daripada warganet kerana merasakan Datuk Rizalman sangat layak memegang jawatan tersebut kerana merupakan produk hasil daripada UiTM.

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Rizalman Ibrahim via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *