Dayah Bakar Menangis Lepaskan Suami Bertugas Di Australia, Video Ini Undang sebak Netizen
Berat bagi melepaskan orang tersayang namun demi tugasan, personaliti TV Dayah Bakar terpaksa redha dengan tanggungjawab dipikul suaminya Muhammad Hanif Hamidi sebagai pegawai tentera berpangkat kapten.
Menerusi Instagram, Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Abu Bakar memuat naik sebuah posting berkongsi detik hiba ketika suaminya berlepas ke Australia untuk berkhidmat di negara tersebut.
Terpaksa berjauhan untuk seketika, rakaman video berdurasi hampir empat minit itu kelihatan pengacara berusia 30 tahun berkenaan menahan sebak sepanjang berada di sisi suaminya.
https://www.instagram.com/p/B69P-pZJF3u/
Posting tersebut turut mengundang hiba rakan selebriti dan pengikutnya yang rata-rata turut mengalirkan air mata setelah melihat momen pasangan itu.
Terdapat juga segelintir yang berharap supaya Dayah terus tabah dan kuat dalam menghadapi perhubungan jarak jauh dan dipermudahkan segala urusan.
Jom Lihat Apa Kata Netizen:
Semoga kuat
Sedihnya sama level cerita hindustan
Sedeyyy
Gentle nangis tengok video ni
Dayah dan suaminya mengenali antara satu sama lain sejak dari bangku sekolah dan berkahwin pada 29 Jun 2018.
Apa kata anda? Jangan lupa like dan komen ya! Terima kasih
Sumber: Oh my media