Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Hampir setahun tidak dapat bersua muka dengan suami tercinta yang bertugas di Australia, pengacara Dayah Bakar tabah membesarkan anak lelakinya seorang diri.

Sejak hamil sehingga ke hari ini, cuma panggilan video menjadi penghubung antara dua benua.

Nak lepas rindu kat isteri, anak dapat video call sahaja

Semakin kuat di samping keluarga dan juga sahabat handai, Dayah saban hari tidak lokek berkongsi perkembangan anaknya bernama Achbar Muhammad Fahri yang kini sudah pun berusia 4 bulan.

Biarpun suaminya, Kapten Hanif Hamidi tidak dapat berada di samping sepanjang ‘si kecil’ itu membesar, tetapi pengacara berkenaan sentiasa memastikan setiap moment penting akan dikongsikan bersama.

Anak dah pandai berguling, pandai dia tunjuk depan Baba

Dalam sebuah video yang dikongsikan menerusi IG Story Dayah Bakar semalam, suasana sebak menyelubungi apabila kedua-dua suami isteri tersebut teruja melihat anak sulung mereka sudah pandai berguling.

Kedengaran suara si ayah kuat memberi sokongan dari jauh kepada Achbar walaupun cuma melalui video call.

 

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan juga rakan artis turut sama sedih melihat video berkenaan. Di samping itu, ramai yang memuji ketabahan Dayah dan juga suami selain mendoakan semoga mereka sekeluarga dapat disatukan kembali kelak.

Jom baca komen netizen

Be strong.. hikmah besar

Nape sebak eh?

Sedih si bapa demi tugas untuk negara

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: Instagram Dayah Bakar  via KD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *