Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Semakin dikenali dan popular, pasangan pengguna YouTube sensasi ‘Sugu Pavithra’ masih tidak putus-putus menerima pujian masyarakat sehingga mereka dianggap sebagai duta perpaduan dan ikon masyarakat. Namun, masih mengamalkan sikap merendah diri, pasangan tersebut menganggap mereka masih belum cukup layak untuk diangkat sebagai ikon kepada masyarakat.

Kami belum layak jadi ikon

Malah, pasangan itu memberitahu kehidupannya tidak sempurna mana dan masih banyak yang perlu dipelajar, lebih-lebih lagi sebagai Youtuber.

“Kami hanya rakyat biasa, nak jadikan ikon itu sesuatu benda yang besar bagi kami, sesuaikah untuk kami? Kami belum layak kerana untuk jadi ikon kena sempurna, tiada yang sempurna dekat kami…”

Menggunakan bahasa Melayu dengan baik, berserta tutur kata yang cukup sopan dan lembut, itulah daya penarik membuatkan ramai selesa menonton video Sugu Pavithra.

Kerana itulah, ramai pengikut saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ menyatakan pasangan itu layak dijadikan duta perpaduan kerana berjaya mengumpulkan rakyat pelbagai kaum dalam saluran mereka dan melontarkan pesanan positif.

Pendapatan Youtube semakin lumayan

Telah berjaya meraih pendapatan yang lebih lumayan, difahamkan kini M Sugu, telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mahu fokus dalam penghasilan video untuk saluran Youtube bersama isterinya, Pavithra.

“Sebelum ini kerap ambil cuti sebab bila ramai datang rumah saya kena tolong isteri jaga anak yang masih kecil. Jadi sekarang kami mahu fokus buat video menarik supaya dapat tingkatkan lagi pelanggan dan dapat gaji lebih…”

Mahu fokus hasilkan video menarik

Jumlah pengikut kian bertambah dari hari ke hari, membuatkan Pavithra semakin bersemangat mahu lebih fokus dalam penghasilan video untuk tontonan para pengikutnya.

“Sekarang suami tidak bekerja dan apa yang berlaku tidak dijangka (mempunyai ramai pengikut), pendapatan pun ok, maka kami nak fokus sebagai pengguna YouTube…”

Kisah ‘Sugu Pavithra’ disiarkan BERNAMA pada 8 Mei lalu, yang ketika itu mereka mempunyai 160,000 pengikut dan setakat jam 2 petang semalam, pasangan terbabit mempunyai 644,000 pengikut.

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *