Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sebut saja tentang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, pasti ramai yang berlumba-lumba mahu ambil peluang tersebut kan?

Bukan saja berpotensi jadi individu yang lebih berjaya dalam bidang akademik, malah turut berpotensi dapat peluang kerja yang lebih baik sekali gus meringankan beban keluarga.

Namun hakikatnya bukan semua orang bernasib baik atau mampu menanggung kos sepanjang berada di universiti yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Dilema sambung degree…tak mahu susahkan ibu ayah yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Menerusi satu pendedahan yang dibuat oleh Raja Shamri, gadis yang dikenali sebagai Nur Fathiah kini sedang dilema sama ada ingin menerima atau tolak tawaran degree di USIM.

Hal ini kerana baginya adalah mustahil bagi keluarganya yang serba daif dapat menampung kos perbelanjaan termasuklah membeli sebuah laptop.

Namun ketika ditemui, Fathiah masih mampu tersenyum walaupun pelbagai masalah melanda keluarganya.

Gigih cari duit bekerja dari rumah…keluarga pun tak pernah meminta-minta

Dalam pada itu, dia malah tetap berusaha mengatasi masalah tersebut walaupun cuma mengambil upah yang agak kecil bekerja dari rumah.

Hakikatnya mereka sekeluarga memang tak pernah meminta daripada pihak luar. Sebaliknya permasalahan ini cuma diketahui selepas jirannya yang mengadu supaya adik Fathiah dapat bantuan sewajarnya.

Apa kata anda? Dah baca jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: FB Raja Shamri via Kisah Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *