Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

MUMBAI: Seramai 10 pelancong yang melanggar arahan perintah berkurung di sebuah pekan dipopularkan kumpulan The Beatles, diarah menulis perkataan meminta maaf sebanyak 500 kali oleh polis tempatan.

Perintah berkurung seluruh India dilaksanakan sejak akhir Mac lalu, dengan penduduk hanya dibenarkan meninggalkan kediaman hanya untuk perkara penting, seperti membeli barangan dapur atau ubatan.

Semua pelancong berkenaan berasal dari Mexico, Australia, Israel dan Austria ditangkap ketika sedang berjalan di pekan Rishikesh, utara India, lokasi kumpulan Beatles mendapatkan ketenangan rohani di sebuah ashram pada 1968.

Pegawai polis tempatan, Vinod Sharma, berkata mereka diarahkan menulis ‘saya tidak mematuhi arahan perintah berkurung dan meminta maaf’ sebanyak 500 kali.

Lebih 700 pelancong dari Amerika Syarikat (AS), Australia, Mexico dan Israel yang menetap di kawasan terbabit didapati tidak mengendahkan arahan perintah berkurung itu, kata Sharma sambil menambah, hukuman luar biasa berkenaan dibuat untuk memberi pengajaran kepada mereka.

Menurut polis, mereka akan mengarahkan semua hotel di kawasan sekitar untuk membenarkan penghuni keluar hanya jika mereka ditemani penduduk tempatan.

Sharma berkata, premis yang mengingkari arahan itu akan berdepan tindakan undang-undang.

Pihak berkuasa turut mengenakan beberapa hukuman luar biasa untuk menggalakkan orang ramai duduk di rumah, antaranya mengarahkan pemakaian topi keledar berbentuk COVID-19 jika melanggar arahan perintah berkurung. – AGENSI

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *