Diaz Seb4k Terima Panggilan Video Meng3jut Bapa Angkat Malaysia

Pada 26 Julai lalu, Hidilyn melakar sejarah sebagai rakyat Filipina pertama memenangi pingat emas di Olimpik setelah menguasai acara angkat berat 55 kg wanita di Tokyo.

Hidilyn Diaz seb4k ketika menerima panggilan video meng3jut dari insan yang membantunya sewaktu terk4ndas di Malaysia ketika dalam sesi latihan ke Olimpik.

Semasa sesi wawancara Hidilyn untuk program Kapuso Mo kendalian Jessica Soho, wanita itu terk3jut menerima panggilan dari Janius Abdullah, Timbalan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia yang memberi dia dan pasukannya tempat tinggal serta latihan selama hampir 10 bulan.

Buat insan yang sanggup menjadi bapa angkatnya di negara ini, hanya rasa terhutang budi dan terima kasih yang dapat diluahkan Hidilyn.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hidilyn Diaz OLY (@hidilyndiaz)

“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih, tuan, makcik, kerana sudi membantu saya,” katanya.

“Anda menawarkan rumah anda begitu saja dan kami menerimanya. Anda membawa semua peralatan dan memandu ke Melaka. Ia sangat bermakna bagi saya,” tambah Diaz.

Janius turut menyatakan rasa bangga terhadap Hidilyn dan memuji kemenangan bersejarah Filipina itu.

“Kami melayan Hidilyn seperti anak perempuan kami sendiri. Peserta Sukan Olimpik ini adalah anak perempuan kami. Kami rasa seperti menang loteri! Kami sangat bangga dengannya. Tahniah juga kepada Filipina! Kita adalah keluarga,” ujar Janius.

Sebelum Hidilyn Diaz menjadi orang Filipina pertama membawa pulang pingat emas Olimpik, dia melalui beberapa halangan, termasuk terp4ksa mengimprovisasi latihannya menggunakan batang buluh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hidilyn Diaz OLY (@hidilyndiaz)

Perjalanan latihannya ke Malaysia sepatutnya berlangsung selama 55 hari saja, namun terp4ksa dilanjutkan lebih lama kerana negara di bawah perintah sekatan perjalanan.

“Kami tidak ada tempat untuk tinggal. Kami tidak mempunyai tempat untuk berlatih. Kami cuma ada buluh. Kami mengimprovisasi. Kami masukkan air botol ke dalam beg untuk squats agar kami dapat berlatih. Dan kami berlari di tempat letak kereta.”

Pada 26 Julai lalu, Hidilyn melakar sejarah sebagai rakyat Filipina pertama memenangi pingat emas di Olimpik setelah menguasai acara angkat berat 55 kg wanita di Tokyo.

Sebelum Olimpik Tokyo, Hidilyn adalah pemenang pingat perak Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, dan pemenang pingat emas di Sukan Asia 2018 dan Sukan Asia Tenggara 2019.

Pencapaian bersejarahnya untuk Filipina itu turut diraikan seluruh dunia.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:freemalaysiatoday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *