Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Seorang bekas sarjan, Tuan Ahmad Suhaimi bin Hussin memerlukan hati baharu bagi menggantikan organnya yang kini tidak dapat berfungsi dengan baik.

Menurut isterinya, Puan Yusarina Yusuf, pada awalnya suaminya tidak mempunyai sebarang penyakit, hanya mata yang berwarna kuning.

“Sebenarnya dia tak ada sakit apa-apa, cuma masa awal saya perasan mata dia kuning. Lepastu saya suruh dia pergi jumpa doktor kenapa mata kuning.

“Kemudian mereka ambil darah untuk cek benda ni, terus kena tahan wad sebab bacaan darah tinggi sangat. Jadi doktor memang syak la yang dia ada sakit yang berkaitan hati.”

Katanya, suaminya telah dirawat di tiga buah hospital berbeza sejak awal bulan lalu.

“Dia dimasukkan ke wad mula dari 2 September hingga hari ini. Dah masuk tiga hospital, Hospital Kepala Batas, Hospital Seberang Jaya dan kemudian ke Selayang,” kongsinya.

“Ketiga-tiga hospital ini tak dapat nak tahu apa punca penyakit hati suami saya walaupun dah banyak ujian dibuat ke atasnya. Akhir sekali doktor cakap suami saya kena penyakit hati akut. Sakit hati yang mengejut.”

Bismillahir rahmanir rahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Ini salah seorang jiran kesayangan kami semua. Kami mohon agar sesiapa yang berhajat atau berniat untuk menderma organ boleh lah berbuat demikian kepada beliau. Beliau merupakan salah seorang bekas tentera, yang sangat lembut bila berbicara, mana sangka sekelip mata berubah sebegini rupa.

Menurut doktor, beliau tidak mempunyai harapan untuk sembuh dan tidak akan mampu untuk bertahan sekiranya tiada juga penderma,

Anak-anak sudah pun sukarela akan tetapi kondisi dan faktor umur mereka yang tidak menginzinkan.

Kepada sesiapa yang berhasrat atau mempunyai kesihatan yang baik bolehlah terus menelofon isteri beliau Puan Yusarina Yusuf di talian 0174048642.

Semoga kita semua mendapat rahmat dan barakah daripada Allah SWT, Insyaallah.

“Minta jasa baik kawan-kawan saya di sini untuk doakan ayah saya untuk terus bertahan”

Ini antara respon dari netizen.

Semoga cepat sembuh

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih.

Sumber: Yusarina Yusuf, Eradiah Jasmi via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *