Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Sri Dr Zulkifli Albakri sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah disambut baik para rakyat.

Hal ini umum sedia tahu bahawa beliau amat dekat dengan masyarakat dan beliau turut dilihat paling layak memimpin berkaitan agama walaupun kurang terlibat dalam politik sebelum ini.

“Beliau tak campur politik, tak bantu mana2 pihak”

Pelantikan beliau juga bukan sahaja disambut baik oleh masyarakat Muslim negara, malahan masyarakan non-Muslim turut mengakui Dr Zulkifli adalah insan paling layak untuk memimpin hal ehwal agama.

Kenyataan tersebut diperoleh daripada seorang pengguna Facebook non Muslim menggunakan nama akaun Siang Siang. Menurut lelaki tersebut.

Berdakwah secara lembut

Menurut lelaki yang mesra disapa Ahsiang, dia mengakui bahawa Dr Zulkifli seorang yang berdakwah secara lembut serta tidak mencampurkan urusan politik dengan agama.

Tambahnya lagi, Mufti Wilayah itu tidak menolong mana-mana pihak dan hanya berdakwah demi Allah. Pengetahuan itu diperoleh daripada bacaan yang sering dilihat menerusi berita-berita.

Kenyataan yang dibuat oleh lelaki tersebut adalah susulan daripada pengumuman barisan menteri yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu turut menyambut pelantikan tersebut dengan rasa syukur dan meminta agar orang ramai dapat mendoakan beliau dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaiknya.

Jom lihat apa kata netizen:

Alhamdulillah… Perlantikan mufti yg suci bersih dapat menutupi kekotoran2 yg terdapat pada menteri2 lain… Akhir nya semua suci bersih… Menuju ke syurga….

Bila org yg selayaknya memengang jawatan Menteri hal ehwal agama. Of course akan disenangi semua pihak lawan dan kawan. Semuga Malaysia aman makmur dibawah menteri agama yg baru. Bukannya seperti bekas menteri agama dahulu yg cuma tahu gosok konsep rahmatan lil alamin

Memang terbaik menteri agama baru dari kerajaan perikatan nasional sampai bukan islam pun setuju dan suka dgn menteri agama yg baru…selamat menjalankan tugas…

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber:OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *