Viral

Pakwe Bercinta Dengan Kawan Pejabat, Gadis Ditinggal Jua Walau Dah Bagi Peluang

Percaya ataupun tidak, rupa paras sering menjadi penilaian utama apabila dua insan baru berada dalam fasa perkenalan. Namun lama kelamaan, ia bukanlah faktor yang akan ‘mengikat’ partner kita untuk terus setia dalam percintaan buat selama-lamanya.

Sekacak atau secantik mana pun, perselingkuhan tetap berlaku jika salah seorangnya mula berani menjalinkan hubungan dengan orang ketiga. Nasib sama turut menimpa seorang gadis cantik ini sehingga hubungan yang dibina ranap begitu sahaja.

Dah bagi peluang 3 hari untuk betulkan keadaan, sekali kena tinggal juga

Melalui pengalaman pahit dikongsikan oleh pengguna TikTok @dndian1, dia membongkarkan perangai teman lelakinya yang seolah-olah tidak menghargai peluang untuk berubah.

Sudah ‘terkantoi’ menjalinkan hubungan dengan seorang perempuan yang juga bekerja di pejabat sama, pemuda terbabit meminta masa selama 3 hari untuk membetulkan semula keadaan.

Malang sekali, kemaafan yang sudah diberikan itu umpama disia-siakan begitu sahaja. Dalam sekelip mata, dia pasrah kerana lelaki berkenaan lebih memilih menamatkan percintaan mereka sendiri.

Seakan-akan serik dengan perangai cinta lamanya itu, dia memberikan peringatan kepada orang di luar sana agar tidak mudah memberikan kemaafan atau peluang jika melalui situasi seperti dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen sempat mendedahkan cerita sama selain tidak menyangka gadis secantik ini tetap ditinggal oleh teman lelakinya demi orang lain.

Jom baca komen warganet,

Relate!!

 

Handsome sangat ke lelaki tu sampai berani curang dekat perempuan yang cantik ni

Semua salah dimaafkan kecuali curang

Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen ya. Terima kasih

Sumber : TikTok via KD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *