Rimbabara Daily

Semasa, Hiburan & Trending

Sepatutnya, diusia hampir mencecah 1 abad, warga emas perlu duduk di rumah dah berehat bersama keluarga. Namun, ia berbeza dengan seorang doktor yang tetap gigih berkhidmat walaupun berusia 98 tahun.

Masih terus gigih berkhidmat

Menerusi Astro Awani, Doktor  Dr Christian Chenay, 98 dilihat masih berkhidmat di pusat jagaan warga emas di Paris bagi memantau kesihatan penghuninya.

Dr Chenay juga dipercayai merupakan doktor tertua di Perancis masih gigih memantau kesihatan penghuni rumah jagaan tersebut dan membuat lawatan ke sana sekali setiap minggu.

Warga emas perlu dipantau juga

Walaupun di pusat jagaan tersebut masih belum ada kes positif Covid-19, Dr Chenay tetap berasa bimbang kerana bersa pasti penghuninya tidak dapat menguruskan diri sendiri andai ada kes yang berlaku.

“Saya tidak sanggup biarkan mereka ketika wabak ini sedang melanda. Mereka pasti tidak boleh uruskan diri mereka sendiri dalam berdepan situasi ini.”

“Tetapi kami sangat beruntung kerana di rumah jagaan ini masih belum terdapat kes jangkitan. Jika salah seorang ada yang positif, ia pasti satu musibah.”

Menerusi temu bual yang dibuat bersama BBC, Chenay memaklumkan bahawa dia meneruskan perkhidmatan sebagai doktor kerana Paris dikatakan kekurangan keluarga doktor tempatan.

Akan kurangkan aktviti

Dia yang sudah berkhidmat selama 70 tahun iaitu sejak Perang Dunia Kedua lagi mengakui bahawa kondisi dirinya sudah tidak sekuat dahuu. Jadi dia juga perlu menjaga diri dan kesihatan dengan mengurangkan sedikit aktivitinya.

“Usia saya sudah hampir memasuki 99 tahun dan pergerakan saya pula tidak aktif seperti sebelum ini. Jadi, saya juga perlu jaga diri saya.”

Untuk rekod, kes positif Covid-19 sudah pun melebihi 100,000 kes dengan jumlah kematian melebihi 20,000 kes.

Apa kata anda? Dah baca sila share dan komen yang baik baik ya. Terima kasih

Sumber: Borak Daily via BBC news

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *